17 Setember 2011. 11.00 pagi: Bagi memeriahkan lagi susana majlis perjumpaan keluarga kasiban sempena hari raya aidil fitri 1432H/2011M acara soalan kuiz telah berjaya diadakan. Kelab telah menyediakan sebanyak 40 buah soalan untk dibacakan semasa majlis ini berlansung dan semua soalan adalah senang-senang belaka dan mudah untuk dijawab, ahli keluarga yang berjaya menjawab soalan dengan betul hadiah diberikan kepada mereka. Soalan kuiz juga hanya perlu dijawab secara objektif iaitu ABCD disamping memberi sedikit penerangan dengan jawapan yang diberi bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka.
Tujuan soalan kuiz keluarga kasiban ini diadakan adalah bagi mencapai matlamat agar semua peringkat ahli keluarga kasiban mengetahui dengan lebih dekat lagi asal usul keturun atau susur galur keluarganya. Penyediaan soalan adalah berkaitan dengan pengetahuan am, nama ahli, gelaran yang pernah dilebalkan semasa kecil dahulu, tempat tinggal, kedudukan pangkat, nama keluarga, bilangan keluarga dan pelbagai lagi soalan kuiz menyentuh mengenai perkembangan keluarga.
Acara ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan melucukan, lebih-lebih lagi dengan karenah juruacara kuiz cikgu Musa Salan yang pandai memainkan peranan, dapat mencuit hati pendengar menyebabkan menambahkan lagi riuh-rendah kemeriahan suasana aidil fitri yang julung-julung kali diadakan. Kanak-kanak merupakan golongan peringkat yang paling seronok, mereka ini mempunyai ingatan yang kuat lagi sesuai dengan keadaan mereka yang masih kanak-kanak lagi. Tidak kurang juga golongan dewasa pun ingin mencuba. Tapi….. aleleh adakalanya berjaya dan selalu terbabas maklumlah dah tua.
Pelbagai hadiah telah disediakan oleh semua ahli keluarga bagi menjayakan majlis ini. Penyampaian hadiah kuiz ini telah disampaikan oleh ahli keluarga yang paling tua dikalangan keluarga2 yang hadir. Harapan mereka agar di masa-masa akan datang acara ini dikekalkan sebagai acara tahunan.
Mohamad Salan
Pengerusi KKK






























