17 September 2011. 3.45 Petang: Pada tahun ini golongan kanak-kanak dan remaja yang paling gembira apabila kelab telah memutuskan agar kutipan yang sedia ada disumbangkan sedikit kepada ahli keluarga dalam bentuk duit raya. Perbincangan telah diadakan mengenai berapakah jumlah perlu diberikan. Kelab telah bersetuju menyamaratakan pemberian sebanyak RM5.00 kepada semua ahli keluarga yang berusia 1 – 17 tahun.

Timbalan Pengerusi bersama isteri telah sudi menyempurnakan penyampaian kepada kanak yang hadir pada sebelah petang selepas sambutan hari kelahiran lebih kurang jam 3.45 petang di majlis tersebut. dalam majlis ini juga ada diantara keluarga yang bermurah hati memberikan duit raya kepada ahli keluarga yang hadir. Wah….. untung lah kau orang dapat dua kali duit hari raya.

Pemberian duit raya ini dikhaskan kepada kanak-kanak dari peringkat umur kanak sehinggalah 17 tahun. Yang paling menyeronokkan apabila ada pula peringkat dewasa mengambil kesempatan tapi…. Para2 pemerhati dapat mengesan… rupanya badannya saja yang besar tapi usianya kecik…hehehehe.

Mohamad Salan

Pengerusi KKK