Ucapan Pengerusi Pertubuhan Warisan Kasiban (PWK)
Sempena Maulidur Rasul 1433H/2012M

Alhamdulillah Kita marilah sama-sama kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya, dipanjangkan umur sehingga dapat kita bersama-sama menyambut hari keputraan Baginda s.a.w 1433H/2012. Selawat dan Salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, Penghulu segala Rasul, membawa rahmat sekalian alam.

Kepada Semua Ahli Keluarga Haji Kasiban,

Setiap 12 Rabiul Awal kita memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, ini adalah nerupakan sebagai tanda menzahirkan kasih dan sayang serta sanjungan kita terhadap Baginda S.A.W. Mengingati baginda dan menyambut maulidur rasul, sebenarnya memperbaharui azam untuk mengamalkan apa2 yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. Keindahan dan keseronokan agama Islam tidak dapat dirasai dan dihayati sekiranya kita tidak beramal dengannya.

Islam adalah cara hidup Islam sepenuhnya. Keindahan Islam mencakupi segala aspek kehidupan seperti Akidah, Ibadah, Muamalat, Akhlak, Perundangan, Ilmu dan perbagai lagi Ilmu yang disampaikan oleh Baginda s.a.w. Insayaallah kita akan menjadi insan bertakwa seperti yang dikehendaki oleh penciptanya (Allah). Jaukanlah dari ajaran sesat, yang boleh meyusahkan kehidupan di dunia dan lebih malang lagi menjadi manusia yang bangkrap dan rugi di akhirat.

Saudara2ku yang dikasihi sekelian.

Maulidur rasul s.a.w kali ini marilah sama-sama melihat bagaimanakah sifat dan keperibadian Rasulullah S.A.W boleh memberi kekuatan kepada kita untuk memperbaiki amalan beragama, memperkukuhkan diri dengan akhalak yang mulia, membina keluarga bahagia, mempereratkan lagi tali perhubungan kekeluargaan yang telah sedia ada.

Kita perlu mengembalikan semua contoh kehidupan sebenar seorang muslim yang bertakwa. Sifat-sifat kenabian Baginda iaitu Sidiq (Benar), Amanah, Tabligh (Menyampaikan) dan Fatanah (Bijaksana) perlu menjadi contoh dan tauladan kepada seluruh keluarga Generasi Haji Kasiban.

Sedulurku semua,

Dikesempatan hari keputeraan baginda s.a.w kali ini, Pak Lurah ingin menekankan mengenai sikap mengambil berat kepada hubungan tali persaudaraan yang terdekat, Inilah sebenarnya yang diperintahkan oleh Allah S.W.T di dalam Al Quran selepas beriman kepada Allah dan RasulNya kemudian diikuti berbuat baik kepada kedua Ibubapa dan seterusnya keluarga terdekat dahulu.

Kepentingan kehidupan kekeluargaan inilah yang perlu ada pada setiap individu Ahli Keluarga Haji Kasiban. Tanpa sifat demikian (mendahulukan yang perlu didahulukan dan meninggalkan sikap mengambil berat kepada hubungan tali persaudaraan yang terdekat) seseorang itu tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik.
Sebenarnya semua Ahli Keluarga Haji Kasiban mampu menunaikan tugas dan kewajipan ini. Tanggungjawab ini adalah adalah satu Hak yang akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak.

Justeru bagi memenuhi tuntutan ini maka marilah kita berlumba-lumba menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh, lakukanlah dengan sebaik mungkin, kerja dengan ikhlas dan sentiasa tidak memandang ringan terhadap sesuatu tugas tanggungjawab sebagai hamba Allah sentiasa untuk mencari keredhaan Allah SWT ini kerana kamu semua merupakan generasi yang bakal mengangkat kemuliaan kekeluargaan. Marilah kita sama-sama menginsafi diri serta merenung untuk memperbaiki diri untuk menjadi insan yang terbaik.

Semuga menjadi renungan kita bersama.

Sekian,

Wabillahitaufik Walhidayah Wasalamualaikum Wbrkt.

Pengerusi PWK
11 Rabi’ul Awal 1433H
Bersamaan
4 Februari 2012